Servis

Perkhidmatan Yang Disediakan

Penubuhan Syarikat

Ramai yang bimbang akan belanja besar untuk mendaftar syarikat Sdn Bhd kerana tidak tahu prosedurnya. Maka, amat penting untuk merujuk kepada sumber yang betul seperti kami di Melody Corporate House.

Kami mempunyai pengalaman menguruskan 150 buah syarikat. Dengan pengalaman ini, kami mampu membantu para usahawan bukan sekadar mendaftar syarikat tetapi yang paling penting mahir untuk uruskan syarikat Sdn Bhd.

Pengurusan Perakaunan

Melody Corporate House akan membantu pemilik syarikat Enterprise dan Sdn Bhd dalam menguruskan hal-hal berkaitan perakaunan.

Antaranya adalah seperti penyediaan buku tunai, imbangan duga, penyata imbangan, pengiraan zakat dan cukai serta untung kasar. Masih ramai yang kurang celik berkaitan penyediaan dokumen-dokumen ini. Usah khuatir, kami akan membantu anda menguruskannya dari A hingga Z.

Pengurusan sumber manusia

Dalam konteks pengurusan sumber manusia, Melody Corporate House menawarkan pelbagai servis mengikut pakej-pakej tertentu.

Antara servis-servis tersebut termasuklah penyediaan dan penyerahan surat tawaran kerja, penyediaan deskripsi kerja staf, pengiraan gaji, EPF dan SOCSO. Kami akan membimbing anda langkah demi langkah sehingga anda mahir.

Identiti Korporat

Dalam membina imej korporat dan pengukuhan tahap profesionalisme syarikat, MCH membantu para usahawan dalam penghasilan beberapa item berikut:

• Logo syarikat
• Profil syarikat
• Letterhead
• Kad perniagaan
• Akaun media sosial (Facebook, Instagram, dan lain-lain)
• Laman web syarikat
Melody Corporate House Sdn. Bhd. 201601038701 (1209642-X)
Melody Corporate House komited dalam membantu para usahawan menguruskan syarikat masing-masing seterusnya menzahirkan imej profesionalisme agar lebih berdaya saing dan tampil berkredibiliti.

Hubungi Kami

26-1F, Seria 88,
Jalan Setia Perdana BF, U13/BF,
Bandar Setia Alam, Seksyen U13,
40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Copyright © 2024 Melody Corporate House Sdn. Bhd. All Rights Reserved.